Rabu, 14 April 2010

Ya Allah,Bantulah Aku...Amiin

Aku teringat kenangan indahku semasa berada di SBPI Selandar... Disana aku belajar untuk menjadi dewasa dan menjadi orang yang berguna pada masa hadapan...Disitu juga aku telah mempelajari salah satu warisan daripada nenek moyangku iaitu silat Gayong Malaysia...setelah tamat pengajianku di Malaysia,aku diberi peluang oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke bumi Anbia` Mesir untuk meneruskan cita2ku untuk menjadi seorang doktor...Alhamdulillah aku telah masuk ke dalam fakulti perubatan Al-Azhar dengan menggunakan titik peluh ibu bapa aku sendiri...aku bersyukur kepada Allah dan ibu bapaku yang selama ini membimbingku...namun,apabila aku hampir 6 bulan disini,aku merasakan ada sesuatu yang kosong dalam diriku...ku mula tertanya2,apakah yang kurang???ibadahku??pelajaranku?? aku menjadi bingung....setelah aku renungkan sedalam-dalamnya,barulah aku tersedar yang kosong itu bukanlah makanan rohani atau intelekku,tetapi makanan jasmaniku yang kurang disini...dan pabila aku teliti semula,sudah lama aku meninggalkan silat yang ku pelajari dahulu...ku berfikir sendirian...alangkah ruginya aku jika aku tidak teruskan bersilat,kerana dalam silat mengandungi pelbagai ilmu dan pengajaran yang berguna kepadaku sebagai muslim dan pelajar...aku pun memohon kepada Allah agar membantuku dalam mengatasi masalah ini..Ya Allah,Bantulah Aku...Amiin Ya Rabb

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam Gayong..

    Semoga Allah s.w.t merahmati perjuangan Gayong saudara. Membina bukan mudah, memusnah sekelip mata. Zatt!!

    BalasPadam
  2. Assalaamualykom, Saudara Hanees, saya ingin belajar seni silat gayong di Mesir,kalau boleh di Alexandria, tapi kalau buat kelas di Cairo pun saya sanggup pergi. Saya belum pernah belajar silat sebelum ni, apa2 silat pun saya tak tau. hehe. tapi saya bertekad untuk belajar kerana,...entahlah, tiba2 terbuka hati nak belajar. Ada something pasal silat yg menarik perhatian saya. Maybe ada hikmah disebalik tekad ini. Hujung bulan 9 ni saya akan tiba di Mesir, untuk start pengajian saya sebagai pelajar perubatan di Alex Uni. Saya harap cita2 saya untuk belajar silat gayong di samping cita2 utama untuk menjadi seorang doktor akan tercapai juga, inshaALLAH. Harap dapat membantu. Sekian. Assalaamualaikum.

    BalasPadam