Khamis, 15 April 2010

Alhamdulillah


Assalamualaikum...
Setelah lama ku berfikir sendirian untuk mengatasi masalahku ini,aku telah diberi peluang oleh Allah untuk berkenalan dengan seorang gurulatih gayong yang mengajar di France,Cikgu Shaiful Hakim.
Beliau merupakan seorang Gurulatih yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Daripada beliau,aku telah mendapat idea untuk mewujudkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia cawangan Mesir. Ini tidak bermaksud diriku ini sudah cukup untuk mengajar,tetapi bak kata Cikgu Shaiful,kalau kita xdapat belajar,sekurang2nya pabila mengajar orang kita akan dapat berlatih sekali. Agak lama juga masa yang ku ambil untuk memikirkan cadangan cikgu itu,akhirnya aku berazam untuk membuka cawangan gayong disini. Alhamdulillah,kini aku mula mendapat bantuan daripada rakan2 daripada Mesir untuk mewujudkan pertubuhan disini bagi menyebarkan ilmu gayong yang kami telah pelajari...doakan agar kami berjaya,doa2 daripada anak2 gayong amat kami harapakan..amiin ya Rabb

Rabu, 14 April 2010

Ya Allah,Bantulah Aku...Amiin

Aku teringat kenangan indahku semasa berada di SBPI Selandar... Disana aku belajar untuk menjadi dewasa dan menjadi orang yang berguna pada masa hadapan...Disitu juga aku telah mempelajari salah satu warisan daripada nenek moyangku iaitu silat Gayong Malaysia...setelah tamat pengajianku di Malaysia,aku diberi peluang oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke bumi Anbia` Mesir untuk meneruskan cita2ku untuk menjadi seorang doktor...Alhamdulillah aku telah masuk ke dalam fakulti perubatan Al-Azhar dengan menggunakan titik peluh ibu bapa aku sendiri...aku bersyukur kepada Allah dan ibu bapaku yang selama ini membimbingku...namun,apabila aku hampir 6 bulan disini,aku merasakan ada sesuatu yang kosong dalam diriku...ku mula tertanya2,apakah yang kurang???ibadahku??pelajaranku?? aku menjadi bingung....setelah aku renungkan sedalam-dalamnya,barulah aku tersedar yang kosong itu bukanlah makanan rohani atau intelekku,tetapi makanan jasmaniku yang kurang disini...dan pabila aku teliti semula,sudah lama aku meninggalkan silat yang ku pelajari dahulu...ku berfikir sendirian...alangkah ruginya aku jika aku tidak teruskan bersilat,kerana dalam silat mengandungi pelbagai ilmu dan pengajaran yang berguna kepadaku sebagai muslim dan pelajar...aku pun memohon kepada Allah agar membantuku dalam mengatasi masalah ini..Ya Allah,Bantulah Aku...Amiin Ya Rabb

SALAM SEMBAH

Salam sembah anak gayong dari perantauan. Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah untuk mentahkidkan azam dan iltizam saya untuk menyebarkan ilmu gayong ini ke Mesir di samping bertujuan untuk mengumpul seramai mungkin ahli2 gayong yang masih menyimpan ' kuku ' masing2. Harapan saya dengan wujudnya blog ini akan rancaklah pertumbuhan dan penyebaran silat gayong ke seluruh dunia terutama di bumi Anbia Mesir ini,insya-Allah..wallahua`lam..