Khamis, 15 April 2010

Alhamdulillah


Assalamualaikum...
Setelah lama ku berfikir sendirian untuk mengatasi masalahku ini,aku telah diberi peluang oleh Allah untuk berkenalan dengan seorang gurulatih gayong yang mengajar di France,Cikgu Shaiful Hakim.
Beliau merupakan seorang Gurulatih yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Daripada beliau,aku telah mendapat idea untuk mewujudkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia cawangan Mesir. Ini tidak bermaksud diriku ini sudah cukup untuk mengajar,tetapi bak kata Cikgu Shaiful,kalau kita xdapat belajar,sekurang2nya pabila mengajar orang kita akan dapat berlatih sekali. Agak lama juga masa yang ku ambil untuk memikirkan cadangan cikgu itu,akhirnya aku berazam untuk membuka cawangan gayong disini. Alhamdulillah,kini aku mula mendapat bantuan daripada rakan2 daripada Mesir untuk mewujudkan pertubuhan disini bagi menyebarkan ilmu gayong yang kami telah pelajari...doakan agar kami berjaya,doa2 daripada anak2 gayong amat kami harapakan..amiin ya Rabb

4 ulasan:

  1. Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan kenalah kita tentang hakikat bangsa ini.

    Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal Si Kitul dan Raja Mandeliar yang mencari peluang dan ruang untuk melumpuhkan bangsa ini, iaitu:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    BalasPadam
  2. Alhamdullilah. Semoga disiplin dapat dikembangkan melalui silat. Kawan saya pun dah buka Gayong sekitar tahun 96/97 di Mesir. Mungkin tempat org kembang kuncup hidupnya..

    MY PERSONAL BLOG ABOUT LEGAL & MY PERSONAL LIFE

    THE BEST SILAT SENI GAYONG CLUB

    BalasPadam
  3. Tahniah.....
    Jaga adat2 bila berGayong.....sentiasa ingat pesanan arwah Mahaguru.....dan jgn sesekali jadi Murahguru......

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum wbt.

    Buat anak-anak Gayong Mesir. Gayong sebenarnya sudah wujud di bumi keramat itu sejak kian lama. Ianya datang dan pergi dari generasi ke generasi. Adalah kerana di sana tempat belajar yang bukan untuk tinggal selamanya.

    Tahniah saya ucapkan kepada Hanees kerana sanggup meneruskan perjuangan rahsia bangsa yang kian ditinggalkan. Namun masih berbaki segelintir dari sahabat2 di sana yang masih meneruskan latihan. Hanya perlu cari mereka untuk mengindahkan lagi perjuangan yang dibawa.

    Untuk pengetahuan, Logo Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Mesir, sudahpun dibuat dan boleh digunakan untuk letter head dan sebagainya. Cuba dapatkan di sini :

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2357524260079&set=a.1358677689539.2052521.1309411359&type=1&theater

    Semoga berjumpa lagi. Wassalam.

    BalasPadam